Wednesday, 27 February 2013

Lebih 60 sukarelawan KSBN sertai Himpunan Barisan 1 Malaysia


Pada 23 Februari lepas, lebih 60 orang sukarelawan Kelab Sahabat Bina Negara Malaysia termasuk exco kelab telah menyertai Himpunan Barisan 1 Malaysia yang telah diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam. Program tersebut menarik penyertaan 3,500 orang dari kalangan NGO, Persatuan-persatuan dan belia. KSBN yang diketuai oleh Presiden Tuan Hj Mohd Khairudin Mohamad bersama beberapa orang exco turut menghadiri himpunan ini. Program yang dirasmikan oleh Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar ini turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.


















Forum Bicara Rakyat : Menolak Fitnah

Pada 16 Februari lalu, Sekretariat Jom Tolak Pakatan telah menganjurkan Forum Bicara Rakyat : Menolak Fitnah. Program berlangsung di Dataran Niaga, Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam. Program menampilkan Presiden Kelab Sahabat Bina Negara Malaysia ( KSBN ), Tuan Hj. Mohamad Khairudin Mohamad bersama Ustaz Norman Toha ( Setiausaha Agung JATI ) sebagai ahli panel. Objektif program adalah untuk memberi maklumat dan pemahaman kepada masyarakat Felda Sungai Tengi tentang situasi politik semasa disamping memperkukuhkan diri masyarakat agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah pihak Pakatan Rakyat. Sambutan yang diberikan oleh masyarakat Felda Sungai Tengi amat memuaskan dan ini menjadi bukti bahawa masyarakat felda sedia untuk menolak kepimpinan Pakatan Rakyat. 

perkongsian daripada Presiden KSBN

hadirin memberikan tumpuan 

perkongsian menarik perhatian hadirin

perkongsian daripada Setiausaha Agung JATI

sesi soal jawab

moderator dan ahli panel bergambar kenangan bersama masyarakat Felda Sg Tengi

Wednesday, 18 July 2012

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua sahabat sekalian....





Assalamualaikum kepada semua sahabat sekalian...

Kami daripada seluruh AJK Tertinggi dan Exco ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...
Semoga dengan kehadiran bulan ramadhan ini akan membawa seribu kerahmatan dan keberkatan untuk diri kita, keluarga, saudara mara serta rakan-rakan seperjuangan sekalian..InsyaAllah.
AHlAn wAsAhLAn yA RaMaDHaN..... — 

Tuesday, 14 February 2012

HIMPUNAN ULAMA, CENDEKIAWAN ISLAM DAN PENULIS MAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

LOGO HIMPUNAN ULAMA',CENDEKIAWAN ISLAM DAN PENULIS MAYA 2012

HIMPUNAN ULAMA, CENDEKIAWAN ISLAM DAN PENULIS MAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

HIMPUNAN ULAMA', CENDEKIAWAN ISLAM DAN PENULIS MAYA KEBANGSAAN 2012
di 
SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR
pada 
17-19 Februari 2012
Kelab Sahabat Bina Negara akan menganjurkan Himpunan Ulama', Cendekiawan Islam Dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 pada 17-19 Februari 2012 ( 24-26 Rabiulawal 1433 Hijrah ) bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Himpunan yang dijangka dihadiri oleh lebih 300 peserta ini akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak yang akan menyampaikan ucaptama pada 19 Februari 2012 pukul 11 pagi.

Himpunan ini membincangkan isu-isu semasa dalam kalangan umat islam di Malaysia dan berusaha mencari kesepakatan dan penyelesaian dalam konsep menyatukan pemikiran ummah dan menyusun langkah-langkah kesederhanaan ( wasatiyyah) islam dalam tindakan yang selaras dengan wawasan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Sasaran utama himpunan ini adalah menyatupadukan dan mewujudkan kerjasama intelektual antara golongan ulama, cendekiawan islam dan penulis-penulis maya.

Justeru, himpunan ini diharap mampu menggerakkan keilmuan dan tanggungjawab bersama dalam melahirkan ummah yang bersatu, masyarakat yang lebih kritis,idealistik dan konstruktif melalui pelbagai media alternatif yang begitu dekat dengan masyarakat dewasa ini.

"MUAFAKAT MENTRANSFORMASIKAN UMMAH"
 

Tuesday, 17 January 2012

Isu JAIS Dan Gereja Di Selangor : Pas Gagal Jadi Talam Dua Muka

KUALA LUMPUR 18 Ogos -  Setelah dibidas oleh pelbagai pihak berhubung polemik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist  di Damansara baru-baru ini, Pemuda UMNO Selangor pula hari ini tampil dengan melihat Pas sebenarnya sedang mencari dahan untuk berpaut sebelum mengeluarkan pendirian rasmi.
Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata perkara  itu boleh dilihat daripada  tindak-tanduk Pas yang seolah-olah “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” apabila seolah-olah dilihat tidak dilayani oleh pihak Gereja mahu pun pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menurut beliau persoalan yang timbul ialah kenapakah kedua-dua pihak menanggguhkan perjumpaan dengan pucuk pimpinan Pas yang hari ini nampak terserlah cuba bermain wayang semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka khususnya di kalangan pengundi bukan Islam.

“Saya cukup hairan…Apakah kedua-dua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan tidak yakin dengan Pas tatkala parti itu cuba mencari dahan untuk berpaut sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.
“Mungkin atas faktor sikap talam dua muka Pas ini, pihak JAIS dan Gereja masing-masing hingga ke hari ini tidak mencapai kata sepakat untuk mengakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan Pas,” katanya kepada UMNO-Online.
Sejak tercetusnya polemik JAIS dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, Pas sehingga kini mengambil sikap berdiam diri dan mereka terus diasak oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Pemudanya sendiri, Nasaruddin Tantawi agar megeluarkan pendirian.
Mereka kononnya mahu memberikan keadilan kepada semua pihak apabila mahu mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum mengeluarkan sebarang pendirian rasmi.
Namun hingga ke hari ini baik daripada pihak JAIS mahu pun pihak Gereja Methodist, masing-masing menangguhkan pertemuan dengan pucuk pimpinan Pas dengan alasan tertentu.
Mengulas lebih lanjut, Ungku Salleh yang juga Ketua Pemuda Serdang seterusnya menambah Pas hari ini bukan sahaja tidak bermaruah, malah lebih daripada itu apabila membiarkan Islam diperkotak-katikkan oleh pihak lain.
“Soal beliau apakah DAP begitu berkuasa…Apakah PKR cukup bertenaga hinggakan Pas seolah-olah kelu dalam memperkatakan hal berkenaan yang mana ianya merupakan maruah umat Islam.
“Berpolitik ada batasnya…Janganlah kerana politik, serban dan kopiah yang dipakai sekadar alat untuk menghiaskan badan semata-mata,”katanya. -MediaUMNO