HIMPUNAN ULAMA', CENDEKIAWAN ISLAM DAN PENULIS MAYA KEBANGSAAN 2012
di
SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR
pada
17-19 Februari 2012
Kelab Sahabat Bina Negara akan menganjurkan Himpunan Ulama', Cendekiawan Islam Dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 pada 17-19 Februari 2012 ( 24-26 Rabiulawal 1433 Hijrah ) bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Himpunan yang dijangka dihadiri oleh lebih 300 peserta ini akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak yang akan menyampaikan ucaptama pada 19 Februari 2012 pukul 11 pagi.
Himpunan ini membincangkan isu-isu semasa dalam kalangan umat islam di Malaysia dan berusaha mencari kesepakatan dan penyelesaian dalam konsep menyatukan pemikiran ummah dan menyusun langkah-langkah kesederhanaan ( wasatiyyah) islam dalam tindakan yang selaras dengan wawasan YAB Perdana Menteri Malaysia.
Sasaran utama himpunan ini adalah menyatupadukan dan mewujudkan kerjasama intelektual antara golongan ulama, cendekiawan islam dan penulis-penulis maya.
Justeru, himpunan ini diharap mampu menggerakkan keilmuan dan tanggungjawab bersama dalam melahirkan ummah yang bersatu, masyarakat yang lebih kritis,idealistik dan konstruktif melalui pelbagai media alternatif yang begitu dekat dengan masyarakat dewasa ini.
"MUAFAKAT MENTRANSFORMASIKAN UMMAH"
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya MOHAMAD ZULFAZDLEE ABUL HASSAN ASHARI dari Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT) berminat untuk menghantar ahli kami menyertai program di atas. Bolehkah pihak penganjur fakskan surat jemputan kepada kami di no. talian 03 89213185. Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
MOHAMAD ZULFAZDLEE ABUL HASSAN ASHARI
Setiausaha Kerja
Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT)
No. 9, Jalan 1/4,
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor