Wednesday, 18 July 2012

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua sahabat sekalian....





Assalamualaikum kepada semua sahabat sekalian...

Kami daripada seluruh AJK Tertinggi dan Exco ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...
Semoga dengan kehadiran bulan ramadhan ini akan membawa seribu kerahmatan dan keberkatan untuk diri kita, keluarga, saudara mara serta rakan-rakan seperjuangan sekalian..InsyaAllah.
AHlAn wAsAhLAn yA RaMaDHaN..... — 

Tuesday, 14 February 2012

HIMPUNAN ULAMA, CENDEKIAWAN ISLAM DAN PENULIS MAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

LOGO HIMPUNAN ULAMA',CENDEKIAWAN ISLAM DAN PENULIS MAYA 2012

HIMPUNAN ULAMA, CENDEKIAWAN ISLAM DAN PENULIS MAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

HIMPUNAN ULAMA', CENDEKIAWAN ISLAM DAN PENULIS MAYA KEBANGSAAN 2012
di 
SERI PACIFIC, KUALA LUMPUR
pada 
17-19 Februari 2012
Kelab Sahabat Bina Negara akan menganjurkan Himpunan Ulama', Cendekiawan Islam Dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 pada 17-19 Februari 2012 ( 24-26 Rabiulawal 1433 Hijrah ) bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Himpunan yang dijangka dihadiri oleh lebih 300 peserta ini akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak yang akan menyampaikan ucaptama pada 19 Februari 2012 pukul 11 pagi.

Himpunan ini membincangkan isu-isu semasa dalam kalangan umat islam di Malaysia dan berusaha mencari kesepakatan dan penyelesaian dalam konsep menyatukan pemikiran ummah dan menyusun langkah-langkah kesederhanaan ( wasatiyyah) islam dalam tindakan yang selaras dengan wawasan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Sasaran utama himpunan ini adalah menyatupadukan dan mewujudkan kerjasama intelektual antara golongan ulama, cendekiawan islam dan penulis-penulis maya.

Justeru, himpunan ini diharap mampu menggerakkan keilmuan dan tanggungjawab bersama dalam melahirkan ummah yang bersatu, masyarakat yang lebih kritis,idealistik dan konstruktif melalui pelbagai media alternatif yang begitu dekat dengan masyarakat dewasa ini.

"MUAFAKAT MENTRANSFORMASIKAN UMMAH"
 

Tuesday, 17 January 2012

Isu JAIS Dan Gereja Di Selangor : Pas Gagal Jadi Talam Dua Muka

KUALA LUMPUR 18 Ogos -  Setelah dibidas oleh pelbagai pihak berhubung polemik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist  di Damansara baru-baru ini, Pemuda UMNO Selangor pula hari ini tampil dengan melihat Pas sebenarnya sedang mencari dahan untuk berpaut sebelum mengeluarkan pendirian rasmi.
Ketua Pemuda Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata perkara  itu boleh dilihat daripada  tindak-tanduk Pas yang seolah-olah “hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” apabila seolah-olah dilihat tidak dilayani oleh pihak Gereja mahu pun pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Menurut beliau persoalan yang timbul ialah kenapakah kedua-dua pihak menanggguhkan perjumpaan dengan pucuk pimpinan Pas yang hari ini nampak terserlah cuba bermain wayang semata-mata untuk menjaga kepentingan politik mereka khususnya di kalangan pengundi bukan Islam.

“Saya cukup hairan…Apakah kedua-dua pihak yang terlibat dalam isu berkenaan tidak yakin dengan Pas tatkala parti itu cuba mencari dahan untuk berpaut sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.
“Mungkin atas faktor sikap talam dua muka Pas ini, pihak JAIS dan Gereja masing-masing hingga ke hari ini tidak mencapai kata sepakat untuk mengakan perjumpaan dengan pucuk pimpinan Pas,” katanya kepada UMNO-Online.
Sejak tercetusnya polemik JAIS dan Gereja Methodist di Damansara baru-baru ini, Pas sehingga kini mengambil sikap berdiam diri dan mereka terus diasak oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Pemudanya sendiri, Nasaruddin Tantawi agar megeluarkan pendirian.
Mereka kononnya mahu memberikan keadilan kepada semua pihak apabila mahu mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum mengeluarkan sebarang pendirian rasmi.
Namun hingga ke hari ini baik daripada pihak JAIS mahu pun pihak Gereja Methodist, masing-masing menangguhkan pertemuan dengan pucuk pimpinan Pas dengan alasan tertentu.
Mengulas lebih lanjut, Ungku Salleh yang juga Ketua Pemuda Serdang seterusnya menambah Pas hari ini bukan sahaja tidak bermaruah, malah lebih daripada itu apabila membiarkan Islam diperkotak-katikkan oleh pihak lain.
“Soal beliau apakah DAP begitu berkuasa…Apakah PKR cukup bertenaga hinggakan Pas seolah-olah kelu dalam memperkatakan hal berkenaan yang mana ianya merupakan maruah umat Islam.
“Berpolitik ada batasnya…Janganlah kerana politik, serban dan kopiah yang dipakai sekadar alat untuk menghiaskan badan semata-mata,”katanya. -MediaUMNO

PECAT DR HASSAN ALI, BUKTI KEANGKUHAN DAN KUASA KINI MENGABURI PERJUANGAN PAS

KUALA LUMPUR, 17 Jan –  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan pemecatan keahlian dan pelucutan jawatan Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebagai bukti keangkuhan parti Pas, seolah-olah parti ini berada dalam kedudukan yang cukup kuat, sehingga membuat pertimbangan seolah-olah tiada apa yang boleh mengugat mereka.
“Walaupun jelas apa yang berlaku ini bukti bahawa mereka (Pas) di bawah telunjuk “pakatan mereka”, bukan keputusan mereka semata-mata. Keduanya, membuktikan juga bahawa kuasa sudah mengaburi perjuangan di mana mereka sebenarnya tidak mempunyai prinsip yang jelas dan juga mereka bukan sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya Pas sama seperti mana-mana parti lain.
“Jadi keangkuhan rasa terlalu berkuasa sehingga mengenetepikan soal-soal lain khususnya bahawa ada kuasa  yang lebih besar dalam menentukan setiap gerakkerja kita ini sudah dilupakan oleh pimpinan Pas”, katanya  ketika ditemui selepas pelancaran BN Youth Ride Fest di PWTC di sini, hari ini.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia seterusnya  percaya apa yang berlaku ini pasti ada hikmah dan lebih mustahak, masa depan negara pasti akan tetap menjadi keutamaan kepada Barisan Nasional, walaupun apapun yang berlaku di dalam Pas. -MediaUMNO